CIKGU NAIM
Portal perkongsian bahan pendidikan
PENGENALAN DIRI
Seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran, seorang suami dan seorang abah. Dulu di Kuching, sekarang di Terengganu. Tidak mahir dan bukan pakar dalam apa-apa bidang, masih lagi berusaha untuk tambah baik diri hari demi hari. Ingin berkongsi apa yang ada, agar dapat memudahkan urusan kawan-kawan. Kerana teknologi sepatutnya memudahkan, bukan menyulitkan dan menambah beban.
MOTIVASI
Saya percaya setiap murid mempunyai potensi tersendiri walaupun mereka belajar dengan cara yang berbeza. Oleh itu, saya sentiasa berusaha mencari ruang untuk menggabungkan elemen kasih sayang, kreativiti, dan teknologi moden di dalam kelas. Matlamat saya adalah untuk memastikan tiada murid yang rasa tertinggal dalam meneroka ilmu baharu.